Sunday, May 31, 2009

Cuti Sekolah Kembali Lagi

Assalamualaikum...Salam Sejahtera.Lama Ezah tak update blog ni...sibuk sikit.maklumlah ezah ni masih belajar. hehe...minggu sebelum cuti baru2 ni ezah sibuk ngan peperiksaan pertengahan tahun. Minggu pertama cuti ni pulak, ezah sibuk pula ngan kelas tambahan di waktu cuti. Maklumlah tahun ni Ezah akan menduduki PMRU...Dikesempatan yang ada ni Ezah nak ucapkan Selamat Bercuti kepada semua yang kenal ezah....Manfaatkan cuti ni dengan sebaik mungkin... Semoga setiap apa yang kita lakukan ni akan diberkati yang maha esa...dan penuhilah cuti ni dengan melakukan aktiviti2 berfaedah....

wsalam...ezah berundur diri seketika

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Guru- Guru Pembina Negara Bangsa


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Sek. Ren. Agama Tanjung Pagar dan SMU (A) Maahad Syamsul Maarif (Lilbanat), Pulai Chondong.

Jasamu Guru Tetap Disanubariku

Saturday, May 9, 2009

Jasa Bondaku


Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda

ditujukan buat:
Pn. Rolizan bt Arifin dan
Pn. Hasnah bt Yasok